Hikaru Utada
Hikaru Utada

Hikaru Utada

Hikaru Utada (宇多田ヒカル Utada Hikaru) atau sering dipanggil Hikki merupakan seorang penyanyi wanita yang popular di Jepun. Utada dilahirkan di Amerika Syarikat pada 19 Januari 1983. Bapanya, Utada Teruzane, ialah seorang produser manakala ibunya, Utada Junko, merupakan seorang penyanyi.Sejak melepaskan debut album Jepun beliau iaitu First Love yang menjadi album paling laris dalam sejarah Oricon.[1] Hikaru mempunyai tiga daripada album Jepun beliau dalam senarai Top 10 album terlaris di Jepun (nombor 1,4,8).[2] Lagu beliau dianggarkan telah dijual melebihi 52 juta rekod di seluruh dunia.[3]Tambahan pula, Hikaru kini dikenali di barat kerana membuat dua lagu tema untuk permainan video iaitu Kingdom Hearts, Simple And Clean (yang ditulis semula dalam bahasa Inggeris bagi single yang ke-10nya iaitu Hikari) dan juga untuk Kingdom Hearts II, Sanctuary (yang kemudiannya dirakam semula dengan lirik versi bahasa Jepun iaitu Passion untuk Kingdom Hearts II versi Jepun). Pada tahun 2007, single beliau iaitu Flavor Of Life mencapai nombor ke-2 dalam carta di seluruh dunia bagi muat turun digital tahunan dengan lebih 7.2 juta muat turun.Hikaru bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, malah dia juga terkenal sebagai seorang juara permainan video Tetris, dan pernah memperoleh markah sejumlah 99,999,999 dalam mod Endless dalam permainan Tetris DS. Utada juga merupakan duta rasmi bagi syarikat Nintendo.[perlu rujukan]